Mengenai Wallcovering’s

wall32Penggunaan kertas dinding sebagai kemasan dinding merupakan satu pilihan yang baik. Ia memberi corak, warna malah tekstur yang tidak mampu diperolehi dengan penggunaan cat. Kerja pemasangannya juga boleh dikatakan mudah dan cepat. Selain itu ia boleh ditanggal tanpa merosakkan dinding asal.

Kertas dinding yang berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun dan ia tidak mudah pudar. Ini menjadikan ia satu pilihan yang juga berkesan dari segi kos.

Pemilihan kertas dinding perlu dibuat dengan teliti khususnya supaya ia selaras dengan konsep dekorasi. Pemilihan corak dan warna yang tepat pastinya memberi kepuasan. Jika anda kurang mahir tentangnya kebanyakan kedai kertas dinding ada menyediakan khidmat nasihat yang anda perlukan.

Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan keringkan betul-betul. Kelembapan jika dibiarkan terlalu lama menyebabkan kertas menjadi koyak atau lekang di samping menjadi comot dan hilang serinya.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Wallcovering ini anda boleh terus menghubungi kami di talian yang tertera di sebelah kanan atau anda boleh menghantarkan komen anda di ruangan Maklum Balas atau clik sahaja disini.

untitled6


%d bloggers like this: